Monday 19 August 2013

Riang ria raya 2013

Assalammualaikum.. 2 mggu sudah kite beraya.Baru sekarang bukak lappy nak update story pasal raya. Raya tahun ini bertambah ceria. dengan kehadiran saudara-mara,jiran-jiran.sahabat2 lama.Jadual raya tahun ni agak penuh. Dan sekarang ni pun masih lagi rasa kepenatannye. Puas dah berjalan raya selama 1 mggu. Mggu 1 raya dipenuhi dengan saudara mara dan family terdekat. Mggu yang ke-2 pulak penuh beraya bersama sahabat2. kaki ni pun ade rasa lenguh2 lagi. Duduk dalam kete aje dah lama. Selamat hari raya semua. Raya tu raya jugak. Jangan makan banyak sangat. Jaga kesihatan dan keselamatan ye.. :-)

Ahad (11/8/2013)

 Reunion raya kecil-kecilan dengan kawan-kawan masa sekolah rendah. Jalan raya pun dah malam sbb siang tak sempat. sempat pergi barbeque rumah farah dengan wani, luqman dan syafiq. Selesai bbq.. terus pulak ke rumah zhafirin kat batu kikir atas permintaan zhaf sendiri sebab kawan-kawan yang study uiam semua nak balik u masing-masing ambil exam. Kenalah tunaikn permintaannye tu kan.

Thanks to farah yang edit pic ni :-)

Belakang dr kiri: zhafirin, luqman, halim dan syafiq
Depan: Farah, saya dan wani


Isnin (12/8/2013)

Makan-makan rumah shidi dengan kawan-kawan sekolah rendah dulu. Memang tak lalu nak makan sebab malu yang teramat sangat. kami datang berdua saje perempuan dan yang lain lelaki. disebakan rasa serba salah sbb shidi beria ajak datang. terpaksa lah pergi jugak.

Khamis (15/8/2013)

Konvoi raya dengan kawan-kawan sekolah menengah pulak. Hari ini hari yang paling letih sekali. sebab kena drive alone and jauh dr rumah. Konvoi raya dengan 9 buah kereta dan tak ingat brape buah rumah pergi. Penat.tapi teruja sebab dapat kumpul ramai-ramai. jumpa cikgu-cikgu dekat sekolah. mengimbau balik kenangan manis pahit kat sekolah dulu..aaa..mmg rase rindu.. cikgu-cikgu pun kemain eksaited dengan kedatangan kami, nampak jelas kat raut muka betapa gembiranya seorang guru berjumpa anak-anak yang mereka didik dulu sehingga berjaya. Alhamdulillah.. masing-masing dah berjaya dengan kejayaan masing2.

rumah jannatun ain di rembau


rumah mira z di pedas.
rumah dayah di labu
rumah cikgu nafisah di sepri

Lepas tu proceed pergi sekolah pulak nak jumpa cikgu-cikgu yang ada. sekolah pun dah tukar nama n makin panjang pulak tu. kemain payah nak sebut. Dulu SMKA Pedas tp sekarang SMKA Dato' Hj Abu Hassan Hj Sail..

kereta-kereta yang memecah kesunyian kat sekolah.
depan sekolah
makan-makan kat bilik guru
bergambar dengan cikgu yang ade
Last raya kat rumah dayah.terus tergesa nak balik. sebabkan drive sorang mmg tak boleh nak drive balik smpai lewat malam. sebab takut. hehehe. sampai rumah pun area pukul 7 lebih. lepas solat aje. terus tido sebab besoknye kena pergi kl pulak..the end....hehe..

Jumaat (16/8/2013)

Off to Subang Jaya raya rumah pakngah pulak....

Tuesday 4 June 2013

Thank you for everything love.

assalammualaikum...

Beberapa minggu sebelum final.masih cuba mengisi masa untuk update blog yang dah lama usang. sepatutnya takda masa lagi nak bukak tapi tiba-tiba je rasa nk update. entry kali ini khas ditujukan kepada salah seorang insan yang bermakna dalam hidup. insan yang sering mencerikan liku-liku kehidupan. Walaupun banyak perkara perit dan pahit yang kami tempuh.hingga saat ini, kami masih bersama mengharungi segalanya. Kepercayaan amat penting dalam sesuatu perhubungan. begitu juga dengan kesetiaan dan juga pengorbanan.

Bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan hingga saat ini. post kali ini untuk ucapan tidak terhingga kepada seseorang yang istimewa. Terima kasih untuk semua yang awak dah korbankan untuk saya. semua yang awak dah ajar saya. semua yang awak dah berikan.tidak kira dari segi apa pun. saya berterima kasih kepada awak atas segala-galanya.

Terima kasih jugak untuk baju yang awak bagi sempena birthday saya.Ni la first time awk bagi hadiah birthday sepanjang 3 tahun. rasa terharu pun ada..huhu..terima kasih jugak untuk cokelat yang awak bagi.. saya assume tu hadiah konvo saya dr awak okay..

sayang selalu :)

You..as sweet as chocolate. :)

Thank you so much.Thank you for everything.

with love.
Esyaa

Saturday 11 May 2013

Birthday suprise

Assalammualaikum...

Setelah beberapa bulan menyepikan diri dari dunia blog..Kembali cuba mengisi masa lapang dengan update blog. Kalau barang yg simpan dekat dalam almari ni boleh kira dan berhabuk dah ni. Hari ni la baru ada masa nk tulis sesuatu.Entry pun agak dah lapuk sebab birthday suprise tu sebenarnya empat hari yang lalu.

Sempena dengan birthday. Hari emak saya melahirkan saya. Saya mengucapkan setinggi rasa kesyukuran dan penghargaan tak terhingga buat mak dan abah yang telah membesarkan.mendidik dan melengkapkan hidup saya ni sampai sekarang. Alhamdulillah..dah 22 tahun saya bernafas di bumi yang dipinjamkan allah swt. Meningkatnya umur ni bermaksud jugak semakin dekat lah dengan kematian. dan amal ibadah haruslah jugak meningkat seiring dengan umur. In sha allah.. Amiin..

This year..ni adalah kali pertama jugak update blog. lepas beberapa bulan cuti sejak habis diploma. alhamdulillah..lagi sekali masih lg diberi peluang untuk sambung ijazah pulak. Terima kasih untuk mereka semua yang dah banyak bagi sokongan dan dorongan.

Melangkah ke bumi UiTM Bandaraya Melaka..dengan penuh harapan daripada keluarga. Di sini lah mengenal sahabat-sahabat baru. Walaupun baru beberapa bulan kenal. seakan merasa mereka sebahagian daripada keluarga. Thank you kepada sahabat.. Iffah zalikha, Nurul shuhadah. Dya dayana sebab sambut birthday n ini adalah pertama kalinya saya sambut birthday di universiti.

Rasa terharu sebenarnya.Tak lupa buat sahabat yang selalu ada bersama...Tuan Fatihah, Mimi dan hannah. Thank you untuk doa dan ucapan korang.Thank you untuk diana.syada,aini and fana.yang selama kini jadi sahabat yang baik utk saya. Buat insan yang istimewa..Terima kasih untuk hadiah..dan terima kasih utk semuanya yang awak bagi pada saya..izanin..Thank you so much for being with me.even ssh dan senang walaupun banyak cabaran yang datang..


sesi potong kek

ada with iffah

dya dayana with iffah again

me with ada