Monday 19 August 2013

Riang ria raya 2013

Assalammualaikum.. 2 mggu sudah kite beraya.Baru sekarang bukak lappy nak update story pasal raya. Raya tahun ini bertambah ceria. dengan kehadiran saudara-mara,jiran-jiran.sahabat2 lama.Jadual raya tahun ni agak penuh. Dan sekarang ni pun masih lagi rasa kepenatannye. Puas dah berjalan raya selama 1 mggu. Mggu 1 raya dipenuhi dengan saudara mara dan family terdekat. Mggu yang ke-2 pulak penuh beraya bersama sahabat2. kaki ni pun ade rasa lenguh2 lagi. Duduk dalam kete aje dah lama. Selamat hari raya semua. Raya tu raya jugak. Jangan makan banyak sangat. Jaga kesihatan dan keselamatan ye.. :-)

Ahad (11/8/2013)

 Reunion raya kecil-kecilan dengan kawan-kawan masa sekolah rendah. Jalan raya pun dah malam sbb siang tak sempat. sempat pergi barbeque rumah farah dengan wani, luqman dan syafiq. Selesai bbq.. terus pulak ke rumah zhafirin kat batu kikir atas permintaan zhaf sendiri sebab kawan-kawan yang study uiam semua nak balik u masing-masing ambil exam. Kenalah tunaikn permintaannye tu kan.

Thanks to farah yang edit pic ni :-)

Belakang dr kiri: zhafirin, luqman, halim dan syafiq
Depan: Farah, saya dan wani


Isnin (12/8/2013)

Makan-makan rumah shidi dengan kawan-kawan sekolah rendah dulu. Memang tak lalu nak makan sebab malu yang teramat sangat. kami datang berdua saje perempuan dan yang lain lelaki. disebakan rasa serba salah sbb shidi beria ajak datang. terpaksa lah pergi jugak.

Khamis (15/8/2013)

Konvoi raya dengan kawan-kawan sekolah menengah pulak. Hari ini hari yang paling letih sekali. sebab kena drive alone and jauh dr rumah. Konvoi raya dengan 9 buah kereta dan tak ingat brape buah rumah pergi. Penat.tapi teruja sebab dapat kumpul ramai-ramai. jumpa cikgu-cikgu dekat sekolah. mengimbau balik kenangan manis pahit kat sekolah dulu..aaa..mmg rase rindu.. cikgu-cikgu pun kemain eksaited dengan kedatangan kami, nampak jelas kat raut muka betapa gembiranya seorang guru berjumpa anak-anak yang mereka didik dulu sehingga berjaya. Alhamdulillah.. masing-masing dah berjaya dengan kejayaan masing2.

rumah jannatun ain di rembau


rumah mira z di pedas.
rumah dayah di labu
rumah cikgu nafisah di sepri

Lepas tu proceed pergi sekolah pulak nak jumpa cikgu-cikgu yang ada. sekolah pun dah tukar nama n makin panjang pulak tu. kemain payah nak sebut. Dulu SMKA Pedas tp sekarang SMKA Dato' Hj Abu Hassan Hj Sail..

kereta-kereta yang memecah kesunyian kat sekolah.
depan sekolah
makan-makan kat bilik guru
bergambar dengan cikgu yang ade
Last raya kat rumah dayah.terus tergesa nak balik. sebabkan drive sorang mmg tak boleh nak drive balik smpai lewat malam. sebab takut. hehehe. sampai rumah pun area pukul 7 lebih. lepas solat aje. terus tido sebab besoknye kena pergi kl pulak..the end....hehe..

Jumaat (16/8/2013)

Off to Subang Jaya raya rumah pakngah pulak....

Tuesday 4 June 2013

Thank you for everything love.

assalammualaikum...

Beberapa minggu sebelum final.masih cuba mengisi masa untuk update blog yang dah lama usang. sepatutnya takda masa lagi nak bukak tapi tiba-tiba je rasa nk update. entry kali ini khas ditujukan kepada salah seorang insan yang bermakna dalam hidup. insan yang sering mencerikan liku-liku kehidupan. Walaupun banyak perkara perit dan pahit yang kami tempuh.hingga saat ini, kami masih bersama mengharungi segalanya. Kepercayaan amat penting dalam sesuatu perhubungan. begitu juga dengan kesetiaan dan juga pengorbanan.

Bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan hingga saat ini. post kali ini untuk ucapan tidak terhingga kepada seseorang yang istimewa. Terima kasih untuk semua yang awak dah korbankan untuk saya. semua yang awak dah ajar saya. semua yang awak dah berikan.tidak kira dari segi apa pun. saya berterima kasih kepada awak atas segala-galanya.

Terima kasih jugak untuk baju yang awak bagi sempena birthday saya.Ni la first time awk bagi hadiah birthday sepanjang 3 tahun. rasa terharu pun ada..huhu..terima kasih jugak untuk cokelat yang awak bagi.. saya assume tu hadiah konvo saya dr awak okay..

sayang selalu :)

You..as sweet as chocolate. :)

Thank you so much.Thank you for everything.

with love.
Esyaa

Saturday 11 May 2013

Birthday suprise

Assalammualaikum...

Setelah beberapa bulan menyepikan diri dari dunia blog..Kembali cuba mengisi masa lapang dengan update blog. Kalau barang yg simpan dekat dalam almari ni boleh kira dan berhabuk dah ni. Hari ni la baru ada masa nk tulis sesuatu.Entry pun agak dah lapuk sebab birthday suprise tu sebenarnya empat hari yang lalu.

Sempena dengan birthday. Hari emak saya melahirkan saya. Saya mengucapkan setinggi rasa kesyukuran dan penghargaan tak terhingga buat mak dan abah yang telah membesarkan.mendidik dan melengkapkan hidup saya ni sampai sekarang. Alhamdulillah..dah 22 tahun saya bernafas di bumi yang dipinjamkan allah swt. Meningkatnya umur ni bermaksud jugak semakin dekat lah dengan kematian. dan amal ibadah haruslah jugak meningkat seiring dengan umur. In sha allah.. Amiin..

This year..ni adalah kali pertama jugak update blog. lepas beberapa bulan cuti sejak habis diploma. alhamdulillah..lagi sekali masih lg diberi peluang untuk sambung ijazah pulak. Terima kasih untuk mereka semua yang dah banyak bagi sokongan dan dorongan.

Melangkah ke bumi UiTM Bandaraya Melaka..dengan penuh harapan daripada keluarga. Di sini lah mengenal sahabat-sahabat baru. Walaupun baru beberapa bulan kenal. seakan merasa mereka sebahagian daripada keluarga. Thank you kepada sahabat.. Iffah zalikha, Nurul shuhadah. Dya dayana sebab sambut birthday n ini adalah pertama kalinya saya sambut birthday di universiti.

Rasa terharu sebenarnya.Tak lupa buat sahabat yang selalu ada bersama...Tuan Fatihah, Mimi dan hannah. Thank you untuk doa dan ucapan korang.Thank you untuk diana.syada,aini and fana.yang selama kini jadi sahabat yang baik utk saya. Buat insan yang istimewa..Terima kasih untuk hadiah..dan terima kasih utk semuanya yang awak bagi pada saya..izanin..Thank you so much for being with me.even ssh dan senang walaupun banyak cabaran yang datang..


sesi potong kek

ada with iffah

dya dayana with iffah again

me with ada

Wednesday 10 October 2012

~ Kesedihan melanda Oktober ~




Terpaksa menyepikan diri seketika supaya masing-masing boleh muhasabah diri dan berfikiran dengan lebih terbuka..Kesedihan melanda diri disebabkan sesuatu perkara...

Pesanan kepada awak yang telah membuat saya bersedih..

Saya tidak peduli walau ape pun tohmahan awak kepada saya malah saya ucapkan Terima Kasih..Saya belajar sesuatu daripada awak. Kita kena hidup demi ALLAH... Jangan pedulikan apa yang orang nak perkatakan kepada kita.. Asalkan kita ikhlas dan niat kita baik pada pandangan ALLAH...Apa pun anggapan awak kepada saya, saya akan terima dengan redha..Biarlah masa yang menentukan nya...


Dan saya juga belajar sesuatu dari kata-kata ini.....

baikkk!! Semangat balik!

The End..Assalammualaikum.....

Sunday 7 October 2012

Musim Peperiksaan...

Assalammualaikum.....

Hai semua..dah lama rasa tak update blog..mula-mula azam macam nak always update..tp disebabkan kekangan masa..terpaksalah batalkan niat tu..Dah cuba yang terbaik tp kalau ALLAH tak izinkan apa yang dirancang..pun tak jadi jugak..Kita ni hanya mampu merancang,yang menentukannya hanyalah Yang Esa... Actually, "Baby Lappy" saya sekarang masih lagi sedang menjalani operation di Bahau Technology, Dah nak masuk dua minggu tuan kedai belum lagi call2 bagitahu apa-apa perkembangan... hmmmm.. nampaknye cedera parah jugak la agaknyee "Baby Lappy" saya tu..Sobss.... :(

Okay..berbalik pada entry hari ni.. Last week n this week will be my busy week...Maklumlah anak-anak murid kesayangan saya,Tahun 3 Bestari dan 3 Bijak menjalani peperiksaan akhir tahun untuk Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) selari dengan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi murid-murid tahun 5.. A week before pun dah macam terkejar-kejar nak habiskan topik yang perlu di ajar..and tak lama lagi.. cikgu dia pulak yang pengsan...tp its okay..tanggungjawab...tak boleh nak merungut tau...hehe...


Hidayah trying to ask her friend.. Got u Hidayah..! hehe

Sometimes orang pandang remeh pada pekerjaan guru ni..Ada yang cakap jadi cikgu ni senang la, balik tengah hari terus balik umah,banyak cuti...n bla..bla...bla....Yang banyak cuti tu diakuilah..hehehe...tapi yang sebenarnya jadi cikgu ni lah yang paling memerlukan persiapan mental dan fizikal yang kuat tau..Persiapan untuk menghadapi kerenah anak murid, kerenah rakan-rakan seguru,kerenah orang atasan,faktor-faktor sekeliling..dan macam-macam..Kalau nak cerita..memang tak habis tau... Kat sekolah dulu, guru ni umpama lilin yang memberi cahaya kepada kita, tanpanya,kita akan tergapai-gapai di dalam kegelapan..Kawan-kawan hormat cikgu.Nak melawan pun fikir 2,3,4,5 kali dulu...Berbeza lah dengan anak murid zaman sekarang..Hmm..susah untuk digambarkan kenakalan mereka ni..Tak boleh nk cakap apa..pandai-pandailah awak semua faham ye maksud saya...

Fokus menjawab semuanya :)

Even its hard, this is my job that I choose for now [for temporary]..So, I must be responsible for everything that I take..The risk,The challenges and everything..[cehhh,nak jadik cikgu yang baik]hehehe... But truely, sincerely comes from my heart....Keyhhhh...dah melalut dah ni..huhu..Ok.antara subjek yang perlu dijawab oleh mereke ialah Sirah, Al-Quran, Akhlak/adab, Ibadah,Jawi, dan Bahasa Arab..Cikgu doakan semoga anak-anak[suppose adik-adik ni..huhu] murid Tahun 3 Bestari dan 3 Bijak dapat menjawab peperiksaan dengan betul dan bersungguh-sungguh....Aminnnn........ :)

Bersama dgn segelintir dr mereka..hihihi :D

The End..Assalammualaikum...





Monday 1 October 2012

Ice Watch Sudah Sampai..yayyy :D

Assalammualaikum...

Hai semua....Sihat? Alhamdulillah..sekarang ni rasa sihat sikit..Semalam selsema teruk sangat sampai hidung pun rasa tersumbat macam susah nak bernafas..Pagi ni...lepas kemas rumah je...ada sesuatu yang saya nantikan di depan pintu rumah..hehe..Last week.saya ade order jam tangan secara online..and saya tahu orang yang supply jam tangan tu tak tipu punya...sebab kawan2 pun ramai dah beli dekat dia...

Actually.saya ni jenis penakut jugak nak pegi order barang secara online ni..but saya dah buat beberapa kali... and alhamdulillah..kesemuanya bukan tipu dan barang yang di order kesemuanya saya berpuas hati..Ni nak promote sikit..pasal jam tangan yang baru dibeli..Haaaa..lupa nk cerita..Pukul 11 tadi encik poslaju telah pun berjaya sampai ke rumah saya  [maklumlah rumah kampung ni susah nak cari]  dan saya pun dah dapat jam tangan yang saya nanti kan tu...Cantikkk.. Seriously cantik.. saya beli dua..1 for me..1 for my sis... [pokai lagi lah bulan ni..]<------dalam hati je.. dah beli kan..tak boleh ungkit lagi tau....tak baekkk...duit insyaallah boleh dicari..

tu diaaa..sampai dah...hihihi


Tadaaaa...cantik tak? [kalau tak cantik diam kan aje ye..hehe]

Nak promote jam ni pun..encik supplier tu bukan lah kwn baik ke.kwn rapat ke..tp memang jam2 yang dia jual mmg cantik dan berkualiti..harga pun reasonable jugak..kalau nak p tgk2 jam..cari lah facebook beliau.. Pak Long Collection's..Setiap orang cita rasa ade lain-lain kan.. Ade high class,ade yg average n ade yang biasa-biasa..ikut lah..ni saje je nk habaq mai kat hangpa semua..Latest dia jual ice watch ni lah..stock sy tak tau..tp yg yg beli ni mmg last stock tuk colour ni.


Yang ni semua dari Pak Long Collection's...


Btw...Saya gembira hari ini... :) Happy Tuesday everyone...hehe [happy sebab dapat pakai jam baru]  The End...Daaaa.....

Sunday 30 September 2012

Today Activity

Assalammualaikum.....


Hai semua..Kabare?sihat? Hari ni hujung minggu..Arggghhh..Seronok je rasa sebab cuti..hehe.. Dapat cuti pun..ade jugak rutin biase yang tak cuti.. cth: basuh baju,kemas rumah,masak dan bla bla bla..[semua kerja rumah] Memandangkan hari ni hari ahad kan. So,rumah tak rasa sunyi sangat la seperti selalu.. bila weekdays,semua orang busy.. Mak abah keje...adik-adik pegi sekolah, tinggal la uwan je kat rumah...Bila hujung minggu dapat la rilek sikit...

Plan hari ni nk masak sedap-sedap..Nak pergi jalan-jalan beli barang.. Hari ahad adalah hari yang paling terbaek sekali nk kuar shopping sebabnyeeeee........Hari sabtu adalah hari TANPA BEG PLASTIK ye anak-anak..hehe...Leceh nak keluar shopping takda beg plastik nih..semua nk kena beli..membazir....ish.ish..ish..Tengah hari tadi masak ikan bakar[ikan cencaru], gulai kepaya dan masak sotong serta udang goreng tepung....yummy...terasa perut sangatlah tegang hari ni..sampai nak tido pun susah.. Punyalah over makan..hihihi :)

Sebelah petang pulak..disebabkan terlalu penuh perut ni...mata pun dah kuyu jek..Katil,bantal,tilam seolah memanggil-manggil untuk dipelokkk...huhu.. Baru sekejap lending kat katil..bangun2 je dah dekat sejam tidoqq oiii...pukul 3.30ptg barulah bangun...Plan nak pegi shopping tertangguh selama sejam yekk..Akak kat sebelah sibuk pukul-pukul dengan bantal suruh bangun nk ajak shopping..haihhhhh...

Siap-siap je..lepas asar..start kete..Terus keluar pegi BAHAU...beli barang je sebenarnyee..Sampai je bahau...Masuk je kiara shopping compleks tuh..rambang mata..tengok baju..tengok kasut.tengok beg.. Eh..eh...tp bukan saya ye yang rambang mata tu ye..saya rambang sikit je..hihi..Akak serta adik yang terlebih rambangnyee tuh...Start dari mak saya nak beli beg dia..terus merasuk kakak pulak nak beli beg jugak.. Then merasuk lagi ke adik nak beli baju..si kakak pun meroyan tgk adik beli baju..dia pun kena rasuk semula nak beli baju jugak..akhirnyaaaaa...baru la...saya ni yang terasuk nak beli baju jugak...hehehe..Balik je dah nak dekat pukul 7...Si ayah telefon sudahhhh...Jadi tamatlah cerita untuk hari ini ye...hehehe...The End.babai... :)



Si adik lelaki memaksa si kakak untuk membeli helikopter control...haihhh...pokaiiii la bulan ni...sobs..sobss..


Adik tersenyum lebar tengak benda alah ni....